Thursday, 21 November 2019

Suami tinggalkan Isteri Lepas Menang Loteri RM 826 391



Malang nasib wanita yang ditinggalkan suaminya selepas mereka menang loteri bernilai 6 juta baht (RM826,391).

Pornthida Chamnanwet, 23, dari wilayah Ubon Ratchathani membuat laporan polis mengenai kejadian kira-kira jam 10.30 malam pada Ahad lalu, lapor Bangkok Post.

Dakwanya, dia dan suami, Wijak Wannaprasit, 34, dari daerah Thon Buri, Bangkok, bekerja di sebuah kilang yang sama dan mereka sebelum ini bersetuju untuk berkongsi wang itu sama rata.


Difahamkan, pasangan itu membeli dua tiket loteri awam pada 9 November lalu di mana salah satu daripadanya dipilih sendiri wanita terbabit.


Dakwa mangsa, tiket yang dipilihnya itu bertuah memenangi tempat pertama bernilai 6 juta baht pada Sabtu lalu. Dalam keadaan teruja, pasangan itu bersetuju untuk membahagikan keuntungan itu sama rata.

Bagaimanapun, pada pagi Ahad, Wannaprasit menarik semula kata-katanya dan mahu mengambil 4 juta baht, manakala selebihnya diberikan kepada isterinya hingga tercetus pertengkaran di antara mereka.

Wannaprasit menyuruh isterinya untuk mengambil tindakan mahkamah kalau dia masih berdegil tidak bersetuju sebelum meninggalkan bilik penginapan mereka di Soi Suk Sawat 64 bersama tiket berkenaan.

Pornthida kemudian meminta bantuan polis untuk menghalang suaminya daripada menebus tiket berkenaan. - SUMBER

No comments:

Post a comment