Sunday, 3 November 2019

Wanita ini dilarang hamil lagi setelah mempunyai 44 orang anak



Gara-gara mempunyai anak ramai dan asyik hamil, seorang wanita dari Uganda telah dilarang mengandung lagi.

Ini kerana dia kini sudahpun mempunyai 44 orang anak dan merupakan wanita 'paling subur di dunia' selepas pernah melahirkan anak kembar dua, kemudiannya kembar tiga, empat dan pernah juga kembar lima.

Akibatnya, doktor yang merawat Mariam, Dr Charles Kiggundu terpaksa memotong saluran rahimnya daripada bahagian dalam. Menurut doktor itu, Mariam mempunyai saiz rahim yang luar biasa, selain sering menghasilkan telur yang banyak dalam satu-satu kitarannya hingga dia mudah mendapat anak kembar.

Bagaimanapun, dia kini yang berusia 40 tahun telah menjadi janda apabila suaminya telah pun meninggal dunia beberapa tahun lalu.

Sumber: Elite Readers







No comments:

Post a Comment