Thursday, 5 December 2019

#Alfatihah Dato Nassier wahab meninggal dunia

Datuk Nasir Wahab meninggal dunia kira-kira jam 12.45 pagi tadi di sebuah hospital pakar swasta di ibu negara. Pada Jun lalu, Allahyarham dilapor menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada rahang kiri.

Allahyarham yang berasal dari Telok Ayer Tawar, Butterworth berusia 57 tahun. Lagu-lagu nyanyian Allahyarham diminati ramai antaranya Memori Cinta Luka, Sekali Aku Jatuh Cinta dan Bayangan Wajah Luka.



Ya Allah cucurilah rahmat ke atas rohnya dan semoga diletakkan dikalangan orang-orang yang beriman. AL-FATIHAH (Kita hadiahkan bacaan ini sama-sama, insya Allah)

Semoga Allah cucuri rahmat ke atas Allahyarham Datuk Nassier Wahab.

Hampir  lima tahun beliau menangung derita Kanser gusi.


No comments:

Post a Comment