Wednesday, 4 December 2019

BONGKAR! Da'i Farhan Sudah Ceraikan Isteri Pertama


Terus kontroversi!

Belum pun habis troll masyarakat mengenai angka 18 membawa ke 19 yang menjadi jenaka di kalangan masyarakat selepas Dai' Nik Ahmad Farhan memaklumkan pintu hatinya terbuka untuk beristeri dua kerana pertemuan itu berlaku di Kaabah, malam ini diberitakan Dai' Farhan sudah menceraikan isteri pertamanya Fatin yang sarat mengandung anak kedua mereka.

Pendedahan mengejutkan dari peguam terkenal Asiah Abd Jalil di fbnya yang mengesahkan sudah mendengar rakaman voice note yang dihantar melalui aplikasi WhatsApp cukup mengejutkan.
Dalam penulisannya, peguam terbabit menulis, Dai' Farhan sudah menceraikan isteri pertamanya, Fatin yang sedang hamil anak kedua, dengan talak satu.



Lafaz cerai disampaikan melalui voice note aplikasi WhatsApp. Saya sudah mendengar voice note tersebut.
Alasan perceraian ialah kerana Fatin nusyuz dan memfitnah suami.

Pada 22 November yang lalu Fatin mendakwa telah dipukul dan dikurung oleh Daie Farhan. Laporan polis telah dibuat oleh ahli keluarga.

Da'i Farhan kini berada di China bersama isteri Kaabahnya seperti ditulisnya.



Beberapa hari lalu, Dai'ie Nik Farhan telah membuat laporan polis dan mengemukakan tuntutan saman kepada kawan baik isterinya yang didakwa memfitnah dirinya.

Da'i Farhan dalam laporannya berkata, dia mengemukakan tuntutan saman terhadap individu tersebut malah, beberapa individu lain bakal diambil tindakan undang-undang kerana didakwa menyebarkan fitnah terhadap dirinya.


Menurut Da'i Farhan, dia telah pun membuat dua laporan polis untuk tindakan selanjutnya. Menerusi entri itu, Da'i Farhan turut meluahkan rasa syukur serta meninggalkan peribahasa 'terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata dapat mudarat'

Dalam pada itu, Da'i Farhan berharap semoga apa yang berlaku dapat dijadikan pengajaran buat semua netizen agar menggunakan media sosial secara berhemah dan tidak menyebarkan fitnah tanpa mengetahui kesahihannya.

Terdahulu, Da'i Farhan tampil menjelaskan dakwaan individu yang juga merupakan rakan baik isterinya kerana mahu membalas dendam dan tidak boleh menerima isterinya reda untuk hidup bermadu.


sumber

No comments:

Post a Comment