Beberapa geng motor dari Pantai Timur dipercayai tidak menjelaskan harga makanan yang dimakan mereka ketika singgah di sebuah restoran di Batu Ferringhi, semalam.
Dalam komen posting kami semalam di Sini, menurut anak saudara kepada pemilik restoran, tindakan tidak bertanggung jawab geng motor yang menaiki RXZ itu menyebabkan ibu saudaranya menanggung kerugian beratus-ratus ringgit.
“Semalam budak-budak motor RXZ dari Terengganu makan di restoran makcik aku dekat Batu Ferringhi. Dua meja tak bayar! Masa tu restoran penuh. Orang punya ramai dengan tak cukup staf lagi. Budak-budak motor pun penuh singgah makan, ada yang ambil kesempatan. Bukan puluh ringgit tak bayar, tapi beratus. Beberapa meja sekali masuk geng diorang tapi dua meja blah macamtu je tak bayar. Tak sedar ka, makanan yang masuk dalam perut tu jadi darah daging, makan makanan haram! Tak senonoh punya perangai. Kalau lapar sangat, dah tau takdak duit, bagitau tuan kedai. Ini buka main order chicken chop bagai, sekali blah macam tu ja. Takdak otakkk!!,” tulis wanita yang dikenali sebagai Cik Wawa di Facebook.
Facebook.
Berikutan itu, netizen mengecam tindakan geng motor tersebut selain meminta agar pemilik restoran membuat laporan polis.
Namun, salah seorang ahli geng motor berkenaan tampil menafikan dakwaan tersebut dan meminta memilik restoran memberikan bukti sekiranya dakwaan itu benar.
“Cik Wawa, kau mention kat sini acik tumit merekah tu yang kata orang Pantai Timur makan tak bayar tu. Tunjuk semua bukti. Kalau betul-betul tak bayar, aku akan jasi Superman. Aku akan bayar semuanya. Kepala tumit dia la! Bergaduh dengan perempuan ni tak menang kita, padahal kalkulator kedai dia yanng rosak..”