Tuesday, 3 December 2019

#kulim pemandu lori maut rempuh tembok tol

Seorang lelaki maut manakala penumpangnya cedera ringan selepas lori ais yang dinaiki mereka melanggar tembok Tol Lunas Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) dari Kubang Semang menghala ke Lunas, Kulim, pada Isnin.

Dalam kejadian jam 7.20 malam itu, mangsa, pemandu lori terbabit Abdul Rani Abdullah meninggal dunia di tempat kejadian manakala penumpangnya wanita warga Thailand berusia sekitar 30-an cedera ringan.



Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima panggilan jam 7.25 malam berhubung kemalangan itu.

Sepasukan 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulim Hi Tech yang diketuai Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Yusri Yusoff terus bergegas ke lokasi kejadian.

Operasi turut dibantu anggota Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) Kulim dan Pasukan Bomba Sukarela Lunas.

Sayani berkata, mangsa yang maut berjaya dikeluarkan pasukan bomba manakala penumpangnya tidak tersepit dan diberi rawatan oleh anggota EMRS.

Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut

No comments:

Post a Comment