Wednesday, 4 December 2019

#PAU2019 Negara tak boleh dipimpin orang tak kenal jantan, betina, kata Tok Mat


Malaysia tidak boleh dipimpin oleh pemimpin yang wibawa moralnya diragui walau sesaat, kata Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan, menegaskan pemikiran terhebat, kepetahan berpidato atau karisma luar biasa tidak boleh mengatasi moral dan akhlak.

Berucap kepada sekitar 3,000 perwakilan di perasmian perhimpunan agung Wanita, Pemuda dan Puteri parti Melayu terbesar itu di Pusat Dagangan Dunia Putra malam tadi, Mohamad berkata mereka melakukan perkara yang betul dan benar – untuk bangsa dan negara – apabila mengangkat pemimpin bermoral.

“Kambing pun kenal mana satu jantan dan betina,” katanya, dan menambah parti politik haruslah menampilkan pemimpin yang mempunyai pemikiran jernih dengan dipandu moral dan akhlak.

“Namun semenjak beberapa ketika kebelakangan ini, krisis moral dalam kepimpinan bangsa kita menjadi semakin membarah.” FMT




No comments:

Post a Comment