Tuesday, 14 January 2020

Anak 8 bulan hilang kasih sayang seorang ibu, mangsa ragut meninggal dunia



Kes jenayah ragut tidak asing lagi di negara kita malah makin menjadi-jadi dan tiada tanda-tanda isu atau perbuatan ini akan dihentikan. Terkini tular di media sosial, seorang wanita telah disahkan meninggal dunia semalam selepas koma dipercayai akibat diragut pada 23 November tahun lepas.

Apa yang lebih menyayat hati ialah arwah meninggalkan seorang anak kecil berusia 8 bulan yang masih tidak mengerti apa-apa.Menurut laporan yang dikongsi , mangsa cedera parah selepas terjatuh daripada motosikal selepas menjadi mangsa ragut.

Oleh kerana kejadian itu, Nur Farahdila Zulkifli yang kritikal itu telah dirawat di Hospital Seberang Jaya.Arwah dikatakan mengalami kecederaan patah 3 tulang di leher, pecah bibir, bengkak jari tengah dan koma sehingga ke hembusan nafas yang terakhir.


Mohon semua dengan seikhlas hati dapat membaca surah Al Fatihah selengkapnya sebagai satu sedekah jariah buat dirinya.Warga Penangkini ingin merakamkan ucapan Salam Takziah,banyakkan bersabar dan redha di atas ujian dari Allah SWT ini. Mohon semua sedekah kan bacaan Surah Al-Fatihah dan doakan untuk arwah.





No comments:

Post a comment