Wednesday, 22 January 2020

Benarkan Jualan Bahan Lucah Untuk Kurangkan Kes Rogol


Ahli Parlimen Thailand mencadangkan penjualan permainan seks dibenarkan sebagai langkah mengurangkan kes serangan seksual, lapor South China Morning Post.

Treerat Sirichantaropas, jurucakap jawatankuasa yang ditugaskan untuk memerangi kes rogol berkata menerusi Facebook, beliau percaya dengan membenarkan penjualan bahan-bahan pornografi, ia akan membantu mengurangkan jumlah kes serangan seksual di negara itu

Katanya, 30,000 kes rogol dilaporkan setiap tahun, di mana kebanyakan laporan dibuat mangsa berusia antara 15 dan 19 tahun.


Pornografi dan mainan seks adalah isu tabu di Thailand dan sebarang penyebaran bahan lucah menerusi Internet merupakan kesalahan jenayah.


Jika sabit kesalahan, pelaku boleh dihukum penjara sehingga lima tahun dan denda sehingga 100,000 baht (RM13,409).

Jelasnya, langkah itu membolehkan pelaku melampiaskan keghairahan seksual mereka, sekali gus mengurangkan kes rogol di negara itu.

Kebiasaannya, pesalah dalam kes rogol tidak menerima hukuman memadai, di mana ia bermaksud mereka mungkin mengulangi jenayah sebaik sahaja dibebaskan dari penjara.

"Kita perlu mempertimbangkan sama ada penjenayah terbabit dijatuhkan hukuman setimpal yang boleh mengurangkan masalah itu (kes rogol).

"Hukuman penjara tidak mengurangkan statistik kes rogol," katanya.

Tahun lepas, polis Thailand merampas beratus permainan seks yang dijual di gerai-gerai di tepi jalan sepanjang kawasan pelancong di Sukhumvit, Bangkok bernilai 2 juta baht (RM268,164).

sumber

No comments:

Post a Comment