Thursday, 9 January 2020

#Butterworth Bomba membersihkan tumpahan bahan kimia Bromin di SMK Gemilang



Tumpahan bahan kimia jenis Bromin di Makmal Sekolah Menengah Kebangsaan Gemilang, Jalan Telok Air Tawar, Butterworth kira-kira jam 10 pagi tadi.

Setibanya pasukan bomba dari BBP Butterworth di tempat kejadian didapati terdapat tumpahan bahan kimia jenis serbuk Bromin sebanyak 1 liter dan mengeluarkan bau yang kuat.


Pasukan Hazmat dari BBP Perai dipanggil bagi membersihkan tumpahan bahan kimia tersebut serta pengungsian bangunan dilakukan.

Tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan.

📸 Pusat Gerakan Operasi JBPM Negeri Pulau Pinang







No comments:

Post a Comment