Thursday, 9 January 2020

#Georgetown Kedai Nasi Kandar diarah tutup


Sebuah restoran nasi kandar terkenal di Jalan Masjid Kapitan Keling diarahkan ditutup selama dua minggu kerana gagal mematuhi piawaian kebersihan dan kesihatan.

Selain menemui najis, air kencing tikus dan lipas di dapur, beberapa tikus turut dilihat berkeliaran ketika Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Pelesenan, Majlis Bandaraya Pulau Pinang membuat pemeriksaan di premis berkenaan.

Memetik BH Online, M Bawani berkata, dalam operasi berkenaan, satu lagi restoran nasi kandar di Little India dikenakan kompaun RM100 kerana menyimpan semua bahan dalam peti sejuk yang dikhuatiri boleh menyebabkan pencemaran.


Malah, dua pasar mini turut diarah tutup 14 hari kerana tahap kebersihannya tidak memuaskan. Pemeriksaan juga mendapati terdapat kesan kehadiran makhluk perosak.

“Premis yang diperintahkan tutup itu perlu membersihkan kedai masing-masing dalam tempoh yang ditetapkan,” katanya. -






Sepanjang tempoh ini mereka perlu mematuhi keperluan kebersihan seperti yang dinasihatkan, terutamanya mengenai kawalan serangga terhadap tikus, lipas dan lalat.


No comments:

Post a Comment