Tuesday, 14 January 2020

Jangan fikir saya tak tahu apa anda bincang dalam grup WhatApps - Mujahid




Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusuf memberi amaran kepada semua pegawai dan kakitangan jabatan serta agensi bawahnya agar tidak sabotaj setiap dasar yang diperkenalkan.

Beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya mendapati ada dalam kalangan mereka menggunakan kedudukan, mempertikaikan hala tuju kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Jangan ingat saya tidak tahu apa yang anda bincangkan sesama anda dalam aplikasi WhatApss. Saya tahu semuanya, saya terima tangkap layar mengenai ‘perbincangan’ anda menentang dasar kementerian.

“Lain kali, sebelum berbincang, kena tengok dulu siapa dalam kumpulan WhatApps itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis Perhimpunan Agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Tahun 2020 dan majlis penyerahan surat pelantikan dan serah terima tugas Ketua Pengarah Jakim di Auditorium JAKIM, Kompleks Islam Putrajaya hari ini.




Terdahulu dalam ucapannya, beliau mengumumkan Datuk Paimuzi Yahya sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang baharu berkuatkuasa hari ini menggantikan Datuk Mohamad Nordin yang bersara wajib.


Menurutnya, semua menteri PH telah meletakkan dasar masing-masing dan sudah tentu mereka mahu ia disambut baik oleh pegawai serta kakitangannya, bukan disabotal dengan tindakan yang boleh menimbulkan ketidakpercayaan rakyat kepada kerajaan.

“Adalah perkara biasa kepada mana-mana menteri untuk memastikan dasar itu dihormati dan dipertahankan. Kalau ada pihak tertentu dalam kementerian itu mempertikaikan, kami tidak teragak-agak mengambil tindakan kerana perbuatan mereka itu tidak membantu mengukuhkan hala tuju PH tahun 2020,” katanya.

Mengenai isu murtad yang dibangkitkan Kumpulan G25, Mujahid menjelaskan, kebanyakan kes dilaporkan ialah suami isteri yang asalnya bukan Islam tetapi memeluk agama itu kerana hendak berkahwin dan apabila melahirkan anak, dinamakan mengikut Islam.

“Tetapi jika seseorang itu asalnya beragama Islam, kemudian dia mahu keluar Islam, (perbuatan) ini kita tegah, kita halang. Namun, kes seperti ini tidak banyak berlaku,” katanya. SUMBER



No comments:

Post a comment