Tuesday, 14 January 2020

KKM kecewa kakitangan difitnah ketika bertugas

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kecewa dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang telah merakam gambar dan memfitnah dua kakitangan kami ketika sedang bertugas.

KKM memandang serius perbuatan ini dan telah membuat laporan polis kerana mengganggu tugas penjawat awam dan memfitnah.

Pada hari kejadian iaitu 9 Jan 2020, dua kakitangan kami ini sedang melakukan Active Case Detection (ACD) bagi Malaria.


Dua kakitangan kami ini telah mematuhi semua prosedur yang ditetapkan seperti menunjukkan kad kuasa kepada penghuni rumah dan melakukan siar raya menggunakan kenderaan jabatan sebelum aktiviti ACD dijalankan.

Justeru, tindakan merakam gambar, menfitnah dan menyebarkan di media sosial adalah satu kesalahan serius dan amat dikesali.

KKM amat berbangga dengan dua kakitangan ini iaitu seorang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (dahulu dikenali sebagai Inspektor Kesihatan) dan Pembantu Kesihatan Awam yang sabar dan tidak bertindak di luar batasan sebagai kakitangan awam walaupun dilayan secara tidak adil serta difitnah.

Jika ia melibatkan isu keselamatan, orang awam boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau pihak Polis jika merasa ragu-ragu dan bukannya bertindak seperti ini.

KKM berharap kes ini menjadi pengajaran kepada orang awam supaya tidak bertindak keterlaluan kepada kakitangan awam yang bersungguh-sungguh melaksanakan tugas yang diamanahkan demi menjaga kesihatan dan kesejahteraan rakyat semua.

No comments:

Post a comment