Wednesday, 8 January 2020

#KualaLumpur Imigresen serbu rumah Merah



Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan serbuan ke atas sebuah pusat pelacuran dikenali sebagai 'rumah merah' yang terletak di Jalan Hang Kasturi, Kuala Lumpur.

Bagi mengaburi pihak berkuasa, premis dua tingkat yang dijadikan tempat untuk kegiatan pelacuran itu tidak mempunyai sebarang papan tanda tetapi didapati dikunjungi pelanggan yang majoriti terdiri daripada warga asing.













Kegiatan pelacuran terbabit menjadi tumpuan warga asing kerana dipercayai mengenakan bayaran khidmat seks yang murah iaitu RM30 hinga RM40 bagi tempoh masa 15 minit.

Dalam operasi yang dijalankan itu, seramai 32 warga asing serta 2 warga tempatan telah berjaya ditahan.

Semasa serbuan dijalankan, terdapat pegawai imigresen yang tercedera akibat pergelutan daripada tindakan agresif dua orang lelaki warga tempatan dipercayai penjaga premis yang cuba melawan dan mengunci pintu.

Tindakan pantas pegawai imigresen juga  telah berjaya mengagalkan cubaan tindakan melarikan diri oleh wanita-wanita warga asing dan pelanggan terbabit.

Pemeriksaan di dalam premis mendapati pintu, tangga dan bilik telah diubahsuai menjadi lorong untuk melarikan diri dan tempat persembunyian sekiranya serbuan dilakukan oleh pihak berkuasa.

Antara yang ditahan dalam serbuan berkenaan terdiri daripada 11 wanita warga India dan 4 wanita warga Indonesia yang disyaki menawarkan khidmat seks.

Manakala 17 lelaki warga asing terdiri daripada 5 Bangladesh, 9 Nepal, 2 India dan 1 Nepal yang dipercayai pelanggan beserta 2 warga tempatan dipercayai penjaga premis turut ditahan.

Antara kesalahan yang dikenalpasti ialah tidak memiliki suatu Pas yang sah, tinggal lebih masa, dan lain-lain kesalahan yang melanggar akta dan Peraturan-peraturan Imigresen. Siasatan juga akan dijalankan di bawah Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM).

Selain siasatan yang akan dijalankan, JIM juga akan memaklumkan kepada agensi lain yang berkaitan untuk mengenakan tindakan mengikut bidang kuasa agensi terbabit ke atas pemilik premis yang bersengkongkol dalam aktiviti tidak bermoral, memandangkan premis berkenaan telah beberapa kali diserbu oleh pihak berkuasa.

Kesemua tahanan warga asing kini ditahan di Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur unyuk tindakan lanjut jabatan.

1 comment:

  1. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    ReplyDelete