Tuesday, 14 January 2020

Lelaki ini derita alami ereksi selama 3 hari lepas makan ubat kuat untuk lembu





Seorang lelaki terpaksa dikejarkan ke hospital selepas ambil ubat perangsang seksual yang sepatutnya digunakan bagi pembiakan lembu ternakan, sebabkan alat sulitnya ‘berdiri’ selama tiga hari.

Lelaki berasal dari Mexico itu dipercayai mengambil ubat tersebut kerana teruja dengan rancangannya untuk adakan hubungan dengan seorang wanita berumur 30 tahun.

Namun rancangan tak menjadi , sebab dia memerlukan pembedahan untuk elak bengkak berterusan di alat sulitnya di sebuah hospital pakar, Reynosa - sebuah bandar di sempadan AS-Mexico, lapor La Republica.


Doktor berkata, lelaki itu telah makan perangsang seksual yang dibeli di Veracruz yang biasanya digunakan petani di rantau itu untuk menyemai benih lembu untuk proses inseminasi.

Lelaki itu dikatakan telah pergi ke Veracruz, di timur Mexico, untuk membeli perangsang itu.

Dia telah menjalani pembedahan tetapi tidak ada laporan terkini mengenai keadaannya.

No comments:

Post a comment