Friday, 31 January 2020

POS Malaysia akan dibuka pada hari sabtu mulai 1 Februari ini


Mulai 1 Februari 2020 ini, Pos Malaysia akan beroperasi pada waktu yang baru.
Semua cawangan pejabat Pos Malaysia dan Pusat Pos Laju akan dibuka pada setiap Sabtu, kecuali Sabtu ketiga setiap bulan serta cuti umum bermula 1 Feb ini.

Pos Malaysia menerusi akaun Facebook rasminya hari ini bagaimanapun memaklumkan jadual operasi baru itu tidak termasuk pejabat pos yang terletak di pusat membeli-belah, kios pos laju dan pejabat pos yang beroperasi lima hari seminggu.



Orang awam boleh melayari laman sesawang Pos Malaysia di www.pos.com.my untuk maklumat lanjut berhubung waktu urus niaga.

- Bernama

No comments:

Post a Comment