Saturday, 18 January 2020

#PRKKimanis Barisan Nasional Menang!


Berdasarkan kiraan tidak rasmi PRK Kimanis,  calon BN Mohamad Alamin menang PRK Kimanis.Beliau berjaya mengalahkan lawannya Karim Bujang dari Warisan.

Berdasarkan pengiraan tak rasmi, Mohamad Alamin sudah berjaya meraih 11,992 undi, sementara Karim mendapat 10,200 undi.

Jumlah undi yang diraih Mohd Alamin itu sudah melebihi separuh keseluruhan undi, yang memastikan kemenangna untuknya.

Kemenangan BN memenangi PRK Kimanis menunjukkan protes pengundi Kimanis terhadap isu PPS.





"Ini menunjukkan ketidakpuasan terhadap prestasi kerajaan Pakatan Harapan, telah merebak ke Sabah," kata penganalisis sosiopolitik Universiti Malaya Awang Azman Awang Pawi.

Beliau menambah bahawa rakyat juga tidak berpuas hati dengan pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS) Sabah yang akan dilancarkan pada Jun.

Sebelum ini, pelbagai tinjauan mendapati isu dan pembangunan tempatan akan menjadi faktor utama dalam PRK Kimanis.



No comments:

Post a comment