Tuesday, 14 January 2020

#Sydney Maut terjatuh dari tebing semasa berswafoto





Seorang peragawati warga Britain maut setelah terjatuh ketika berswafoto di atas tebing batu pada ketinggian kira-kira 30 meter di sebuah lokasi popular di Sydney , Australia pada Sabtu lalu.

Mangsa, Madalyn Davis, 21, dari Lincoln, England, telah berada di Australia sejak setahun lalu setelah merancang untuk menetap di sana.
Dia sebelum ini dikatakan telah menghadiri sebuah parti di Vaucluse pada hari kejadian sebelum menyertai beberapa orang rakan untuk ke Diamond Bay pada pukul 6.30 petang.

Mereka dipercayai telah memanjat pagar keselamatan di situ untuk pergi ke bahagian hujung tebing batu di situ untuk melihat pemandangan cahaya matahari sedang tenggelam sebelum dia terjatuh.



Tebing Diamond Bay merupakan lokasi popular dalam kalangan pelancong untuk merakam gambar termasuk swafoto.

Pasukan perubatan telah dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan manakala operasi mencari mangsa turut dilakukan oleh penyelamat kerana lokasi kejadian yang sukar.

Mayat mangsa kemudian ditemui pasukan penyelamat pada pukul 10.30 pagi keesokannya.
Ini bukan kejadian pertama berlaku di lokasi tersebut kerana pada Ogos tahun lalu seorang wanita berusia 27 tahun juga menemui maut setelah terjatuh semasa bergambar di situ.

Sumber: The Mirror
Terjemahan: Perak Gazette

No comments:

Post a comment