Sunday, 12 January 2020

#SungaiBakap 5 lelaki pening, muntah selepas ke ATM bank


Lima lelaki dihantar ke hospital kerana pening dan muntah selepas terhidu bahan kimia selepas menggunakan mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah bank di Pulau Pinang.Mereka ke ATM di cawangan sebuah bank di Jalan Besar Sungai Bakap kira-kira 1.10 tengah hari.

Mereka kemudiannya mendapat rawatan kecemasan di Hospital Sungai Bakap, di mana semua lelaki berusia 23 hingga 35 itu diletakkan di bawah pemerhatian serta dalam keadaan stabil.


Ketua Polis Daerah Sebarang Perai Selatan, Shafee Abd Samad berkata, sebuah syarikat kawalan makhluk perosak menyelesaikan semburan racun perosak di bank itu 40 minit sebelum lelaki terbabit datang.

Kakitangan Hazmat bercakap kepada petugas bank di Jalan Besar, Sungai Bakap, Pulau Pinang.
Katanya, pasukan Hazmat (Unit Bahan Berbahaya) dari Jabatan Bomba dan Penyelamat tidak menemui sebarang bahan kimia mengancam nyawa di tempat kejadian dan tidak membuat kesimpulan berhubung punca kejadian itu.

“Kami diberitahu bahan kimia yang digunakan syarikat kawalan serangga perosak itu ialah ‘Delta CD’. Kami menyerahkan kes itu kepada Jabatan Kesihatan untuk siasatan lanjut.”

Hasil pemeriksaan FMT di pestidcideresearch.com menunjukkan bahan kimia itu mungkin Deltamethrin, sejenis racun perosak yang biasanya digunakan untuk membunuh serangga seperti anai-anai dan kutu.

Ia juga diklasifikasikan sebagai neurotoksin (sejenis toksin yang menyerang sistem saraf) dan Wikipedia menunjukkan ia boleh mengakibatkan asma kerana ia ialah alergen.


FMT

No comments:

Post a Comment