Friday, 7 February 2020

111 warga Indonesia diusir pulang ke negara asal dari Sabah

Seramai 111 pendatang tanpa izin (PATI) diusir dari Sabah melalui Pelabuhan Tawau di sini, semalam.

Pendatang tanpa izin warga Indonesia itu dihantar pulang ke negara asal menaiki kapal ke Nunukan, Indonesia.

Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah, Sh Sitti Saleha Habib Yussof berkata, pengusiran itu adalah siri ke-9 bagi tahun ini, sekali gus menjadikan jumlah pendatang haram diusir 2,105 orang



“Manakala jumlah pengusiran sejak tahun 1990 adalah 593,362 orang, termasuk pengusiran melalui udara yang dilaksanakan oleh Jabatan Imigresen,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

MKN Sabah dilaporkan menyasarkan lebih 13,000 PATI akan dihantar pulang ke negara asal masing-masing pada tahun ini.

Sitti Saleha berkata, langkah bagi mencapai sasaran itu dan akan dilaksanakan bersama Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Kementerian Kesihatan dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom).

sumber

No comments:

Post a Comment