Monday, 10 February 2020

#Alfatihah Abam Bocey meninggal dunia


Berita yang mengejut kan ramai pihak, Pelawak Popolar Abam Bocey, atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, yang merupakan seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Fad dan Acey.dilaporkan meninggal dunia.

Beliau meninggal dunia di kediamannya di Gombak pada pagi ini .berita awal kematian Abam Bocey  dikongsikan oleh Shahrol Shiro dan Fad Bocey & Acey Bocey.Dari laporan berita Gempak, Menurut Ali Puteh, iaitu adik kepada Abam. 

“Isteri Abam, hubungi saya dan beritahu abang saya tidak sedarkan diri.


“Saya bergegas kediaman Abam dan ya, dia sudah tidak bernafas,” katanya gagal mengawal emosi.

Sementara isteri Abam, Nor Hidayah turut mengesahkan perkara tersebut.



Hidayah memberitahu Allahyarham demam dan mengadu kurang sihat sejak dua hari lalu.

“Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tak mahu.

“Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi...pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun dia tak ada tindak balas daripada dia,” katanya menangis teresak-esak.

Abam dan Nor Hidayah berkahwin pada 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 5 bulan.








No comments:

Post a Comment