Wednesday, 12 February 2020

#AirItam Dua maut, seorang parah dirempuh kereta lawan arus

Lagi kemalangan tragis berlaku hari ni di Pulau Pinang, iaitu di Jalan Thean Teik, Ayer Itam, Georgetown berhampiran lampu isyarat Sunshine Farlim . Kemalangan kali ini melibatkan  dua orang penunggang motosikal maut di tempat kejadian dan seorang parah apabila motosikal mereka dirempuh sebuah kereta dalam kemalangan membabitkan empat buah kenderaan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong memaklumkan kemalangan berlaku pada kira-kira jam 7.30 malam melibatkan tiga buah motosikal dan sebuah kereta.Menurut Soffian, mangsa yang meninggal dunia masing-masing seorang wanita berusia 41 tahun, dikenali sebagai Song Lin Na dan Zainudin Ahmad berusia 58 tahun.

Menurut laporan Awani lagi, kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah selepas dilanggar kereta yang dipandu lelaki berusia 20 tahun.Manakala seorang lelaki berusia 21 tahun, Muhamad Faiz Abd Rashid cedera parah dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.







Menurut Soffian, siasatan awal mendapati kereta yang dipandu lelaki berusia 20 an itu datang dari arah Wisma Yatim menghala ke arah Farlim.Pemandu berkenaan dikatakan telah memandu melawan arus dan masuk ke laluan bertentangan di Jalan Thean Teik sebelum melanggar tiga buah motosikal yang bergerak dari Farlim ke Jalan Air Itam.

Katanya setakat ini, pihak polis telah menahan pemandu tersebut untuk siasatan.Hasil ujian alkohol yang dijalankan keatas pemandu kereta negatif dan pemandu tidak berada di bawah pengaruh alkohol ketika kejadian.Namun siasatan lanjut masih dijalankan.

Pemandu tersebut tidak mempunyai rekod jenayah lain selain pernah mempunyai satu rekod bersabit kesalahan trafik.

Sementara itu,  kejadian kemalangan itu telah mendapat perhatian netizen dan gambar kejadian turut dikongsi di media sosial.









1 comment:

  1. Tiba masanya kerajaan bertindak tegas. Kejadian begini semakin menjadi jadi... Polis mesti bertidak....

    ReplyDelete