Sunday, 23 February 2020

Azmin, Zuraida keluar PKR jika cukup bentuk kerajaan baru dengan PPBM, pembangkang

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan naib presiden Zuraida Kamaruddin dijangka mengetuai perpindahan keluar beramai-ramai ahli parlimen dan beberapa pemimpin parti hari ini.

Sumber yang berada di Hotel Sheraton Petaling Jaya ketika kem Azmin sedang bermesyuarat berkata pengumuman akan dibuat hari ini sejurus selepas mendapat bilangan yang cukup untuk mmebentuk kerajaan baru.


“Mereka sedang menunggu jumlah sokongan. Bila dah cukup, saya rasa mereka akan mengumumkannya,” kata sumber, merujuk kepada bilangan ahli parlimen untuk mendapatkan majoriti mudah bagi membentuk kerajaan baru.



Namun satu lagi sumber yang rapat dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini tetapi tidak akan membuat apa-apa pengumuman.


Kini, apa-apa pembentukan perlu mendapat sokongan 112 daripada 222 ahli parlimen dalam Dewan Rakyat.


Tidak dapat dipastikan, namun kini sekurang-kurangnya 15 ahli parlimen berada di Hotel Sheraton.

Sementara PPBM mempunyai 26 kerusi, Umno 39 kerusi, dengan MCA dan MIC masing-masing satu.

PAS mempunyai 18 ahli parlimen manakala Gabungan Parti Sarawak (GPS) 18 kerusi.

Hari ini spekulasi bertiup kencang tentang pertemuan Dr Mahathir dan kem Azmin, serta pemimpin Umno dan PAS bagi membincangkan tentang pembentukan kerajaan baru dalam minggu ini. 


SUMBER

1 comment:

  1. My name is Mrs.Aisha Mohamed, am a Citizen Of Qatar.Have you been looking for a loan?Do you need an urgent personal loan or business loan?contact Dr James Eric Finance Home he help me with a loan of $42,000 some days ago after been scammed of $2,800 from a woman claiming to been a loan lender but i thank God today that i got my loan worth $42,000.Feel free to contact the company for a genuine financial service. Email:(financialserviceoffer876@gmail.com) call/whats-App Contact Number +918929509036

    ReplyDelete