Wednesday, 5 February 2020

Hutan belakang Kek Lok Si terbakar..

GEORGETOWN - [DIKEMASKINI] Kira-kira enam hektar kawasan hutan di belakang tokong Kek Lok Si, Air Itam di sini dan berdekatan dengan Bukit Bendera terbakar dalam kejadian jam 7.10 malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, PgKB II Mohd Hafiz Hafizal Timaradin berkata, anggaran keluasan kebakaran dianggarkan empat kilometer melibatkan tiga tempat (spot).

Menurutnya, tempat pertama melibatkan empat hektar, dua hektar di tempat kedua manakala tempat ketiga belum diketahui.

"Kerja pemadaman sedang giat dilakukan untuk memastikan tiada bara api yang tertinggal. Sehingga kini kedua-dua spot dapat dikawal dan dipadamkan. Anggota bomba sedang beralih ke spot ketiga untuk kerja pemadaman yang mana anggaran keluasan masih belum dapat ditentukan.

"Operasi agak sukar disebabkan keadaan amat gelap dan kebakaran berlaku berdekatan dengan curam bukit namun setakat ini keadaan dapat dikawal. Operasi sudah mengambil masa tiga jam yang bermula jam 7.30 malam tadi," katanya ketika dihubungi tadi.

Tambahnya, operasi pemadaman melibatkan 31 anggota dan pegawai bomba.


Sunber : Sinar Harian

No comments:

Post a comment