Tuesday, 4 February 2020

Jangan kerana wang, ustaz tutup mulut,- Ustaz Abdullah Khairi

Ustaz Abdullah Khairi mengingatkan pendakwah agar tidak tergoda dengan habuan dunia.

Abdullah yang juga pembimbing jemaah umrah dipercayai merujuk mutawif yang membimbing usahawan kosmetik Sajat.


“Hukum tetap hukum, jangan kerana duit kita ustaz hendak tutup mulut demi habuan dunia.

“Matlamat tidak boleh menghalalkan cara,” coretnya di Instagram.


Tular di media sosial gambar seorang mutawif bersama rombongan umrah yang disertai Sajat.


Namun semakan mendapati syarikat yang menguruskan perjalanan usahawan bengkung itu iaitu Albayt Travel (M) Sdn Bhd beralamat di Jalan Telipot, Kota Baru, Kelantan.


Sajat baru-baru ini mencetuskan kontroversi selepas memuat naik foto dan video memakai telekung semasa di Makkah.

Perbuatan berkenaan mengundang kemarahan ramai, kerana dianggap mencemar imej Islam dan hubungan Malaysia dan Arab Saudi.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa seperti dilapor beberapa portal akan mengambil tindakan tegas terhadap Sajat.

“Tindakan segera akan diambil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM),” katanya.

Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al Bakri juga mengesahkan penyanyi Makhluk Penggoda adalah lelaki berdasarkan rujukan MyKad dan sijil kelahirannya di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

No comments:

Post a Comment