Wednesday, 5 February 2020

Jejantas Weld Quay senget dirempuh treler



Struktur jejantas di Pengkalan Weld berhadapan terminal feri di sini, rosak selepas dirempuh sebuah treler, petang tadi.

Kejadian kira-kira jam 4.20 petang tadi turut menyebabkan treler itu tersangkut di bawah jejantas berkenaan kerana melebihi ketinggian ditetapkan iaitu lima meter.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 4.29 petang sebelum menggerakkan jentera dari Balai Bomba Lebuh Pantai ke lokasi kejadian.

Sebaik tiba, pihaknya mendapati sebuah treler dengan muatan jentera berat merempuh jejantas menyebabkan jejantas terbabit senget.








“Polis dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) turut berada di lokasi bagi mengawal lalu lintas serta menutup laluan atas faktor keselamatan.

“Pita keselamatan turut dipasang bagi menghalang orang awam memasuki kawasan terbabit,” katanya, di sini.

Katanya, tiada mangsa yang terbabit dalam kejadian itu dan kes diambil alih pihak polis dan MBPP untuk tindakan lanjut. BH

No comments:

Post a Comment