Wednesday, 12 February 2020

Jelajah Pendidikan GLU 2020 yang berlangsung di Seberang Jaya, Meriah..

JELAJAH PENDIDIKAN GLU TAHUN 2020  MERIAH

Seberang Jaya- Program Jelajah Pendidikan GLU Tahun 2020 mendapat sambutan yang meriah pada hari pertama.Program yang dijalankan secara kerjasama dengan Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Negeri Pulau Pinang ini mendapat sokongan kuat daripada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang.

Pihak penganjur menjangkakan seramai 5000 orang akan hadir sepanjang 4 hari iaitu bermula pada 12.2.2020 sehingga 15.2.2020.

4 buah universiti terlibat di dalam jelajah kali ini iaitu Universiti Multimedia,Universiti Tenaga Nasional,Universiti Teknologi Petronas dan UniKL.Para pengunjung juga diberi peluang mengikuti bengkel STEM ,merasai simulator F1 ,pameran peluang melanjutkan pengajian selepas SPM,STPM,Diploma dan Ijazah pertama.

Menurut Khairul Nidzar Pengerusi Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Negeri Pulau Pinang ,Jelajah Pendidikan GLU Tahun 2020 adalah julung kalinya dianjurkan di zon utara.Pihaknya,amat berterima kasih dengan pasukan GLU dan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang kerana memberi sokongan penuh dalam program jelajah ini.

Jelajah Pendidikan GLU Tahun 2020 bermula 12.2.2020 dan akan melabuhkan tirai pada 15.2.2020.Lokasinya mudah untuk semua hadiri iaitu di PECC,Sunway Carnival Seberang Jaya bermula jam 10.00pagi sehingga 5.00petang.

Pihak penganjur mengalu-alukan kehadiran seluruh rakyat Pulau Pinang hadir ke program jelajah ini.

















1 comment:

  1. 👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻👌🏻👌🏻😊👏👏👏👏👏🏻

    ReplyDelete