Friday, 14 February 2020

Operator kilang kantoi buat laporan palsu disamun kerana enggan pergi kerja


Polis menahan seorang operator kilang yang membuat laporan palsu dompetnya disamun menyebabkan dia kehilangan dokumen peribadi dan wang tunai RM150 semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata siasatan mendapati wanita berusia 28 tahun itu membuat laporan palsu kerana enggan pergi kerja.

Katanya, wanita itu pada mulanya mendakwa disamun 2 lelaki di Jalan Permatang Nibong, Kubang Semang di sini kira-kira 6.40 pagi ketika sedang menunggang motosikal ke tempat kerja.

“Wanita itu mendakwa sebuah motosikal dari arah belakang membunyikan hon dan meminta dia berhenti, 2 lelaki mengambil dompetnya dalam raga motosikal sebelum mereka terus memecut,” katanya di sini malam tadi.





Beliau berkata, siasatan awal menunjukkan wanita itu pernah membuat 3 laporan polis dan hasil penelitian mendapati jalan cerita dia disamun kelihatan hampir sama dengan laporan sebelum ini.

Katanya, selepas disoal siasat, wanita itu mengaku membuat laporan polis palsu kerana tidak mahu pergi kerja.

No comments:

Post a Comment