Tuesday, 11 February 2020

Seorang Lelaki Ditahan Kerana Cuba bawa masuk daging tikus kering

Pegawai Penguatkuasa Maqis menunjukkan daging tikus kering yang dirampas di Lapangan Terbang Bayan Lepas pada Ahad. Gambar: Sinar Harian
BAYAN LEPAS: Seorang lelaki warga Myanmar ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang selepas cubaan membawa masuk daging tikus kering ke negara ini.

Lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang dibantu Jabatan Kastam Diraja Malaysia di laluan ketibaan antarabangsa pada pukul 8 malam tadi.

Menurut Pengarah Maqis Pulau Pinang, Zarina Ramli berkata pemeriksaan bagasi lelaki berkenaan membawa kepada penemuan daging tikus kering seberat 780 gram.

"Tujuan sijil kesihatan veterinar ini adalah untuk memastikan barangan daging tersebut bebas penyakit dan virus," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Pengarah Maqis Pulau Pinang, Zarina Ramli berkata pemeriksaan bagasi lelaki berkenaan membawa kepada penemuan daging tikus kering seberat 780 gram.

"Tujuan sijil kesihatan veterinar ini adalah untuk memastikan barangan daging tersebut bebas penyakit dan virus," katanya dalam satu kenyataan. - Astro Awani

No comments:

Post a Comment