Friday, 21 February 2020

#TanjungTokong Tukang gunting rambut parah ditetak & ditikam



Seorang tukang gunting rambut warga India cedera parah, selepas diserang dengan pisau ketika sedang menggunting rambut pelanggan di kedai tempat beliau bekerja, di Jalan Tanjung Tokong, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata dalam kejadian pukul 10 malam itu, seorang lelaki secara tiba-tiba menyerbu masuk kedai tersebut dan terus menetak dan menikam mangsa yang berusia 29 tahun dengan pisau.

“Pelanggan yang berada di situ bertindak mengejar suspek selepas dia melarikan diri dengan seorang rakannya yang sedang menunggu di luar kedai bersama motosikal jenis Yamaha LC135. Bagaimanapun, nombor pendaftarannya tidak diketahui kerana mereka tidak nampak,” katanya dalam kenyataan, di sini semalam.




Tukang gunting rambut yang telah tujuh tahun bekerja dengan pemilik kedai tersebut, cedera parah di lengan kanan dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut.


Menurutnya, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di kedai itu, suspek meluru masuk dan menikam mangsa sehingga berlumuran darah, sebelum melarikan diri.

Soffian berkata mangsa yang memiliki permit kerja sah mendakwa tidak mengenali suspek dan dia juga tidak tahu motif sebenar suspek bertindak sedemikian.

Suspek yang dipercayai membawa bersama senjata yang digunakan kini diburu polis, untuk siasatan kes  mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu, diminta menyalurkannya ke mana-mana balai polis berdekatan. — Bernama

1 comment:

  1. My name is Mrs.Aisha Mohamed, am a Citizen Of Qatar.Have you been looking for a loan?Do you need an urgent personal loan or business loan?contact Dr James Eric Finance Home he help me with a loan of $42,000 some days ago after been scammed of $2,800 from a woman claiming to been a loan lender but i thank God today that i got my loan worth $42,000.Feel free to contact the company for a genuine financial service. Email:(financialserviceoffer876@gmail.com) call/whats-App Contact Number +918929509036

    ReplyDelete