Monday, 10 February 2020

ZIARAH CAKNA PERINGKAT KEBANGSAAN DILAKSANAKAN DENGAN GEMILANGNYA DI SEBERANG PERAI SELATAN


Nibong Tebal - Program Amalan Guru Penyayang di terjemahkan oleh YBrs Dr Ahmad Rafee b Che Kassim ,Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia di SK Sg Bakap hari ini.

Murid-murid SK Sg Bakap bertuah kerana kehadiran mereka hari ini di sambut oleh pimpinan tertinggi di Kementerian Pendidikan Malaysia,JPN Pulau Pinang dan PPD Seberang Perai Selatan.

Murid yang hadir hari ini diraikan di pintu pagar utama sekolah dan berpeluang bersalaman dengan Timbalan Ketua Pengarah sendiri.

Sebagai makluman, Amalan Guru Penyayang adalah program yang telah diadakan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia di seluruh negara sejak dahulu lagi.

Pada hari yang sama ,Dr Ahmad Rafee hadir ke Majlis Perasmian Pelancaran Ziarah Cakna Peringkat kebangsaan bagi negeri Pulau Pinang.

Turut hadir di dalam majlis tersebut YB Amar Pritpal Abdullah ADUN Sg Bakap yang juga Timbalan Speaker DUN Pulau Pinang.

Dalam ucapannya,Dr Ahmad Rafee berharap agar keprihatinan warga guru tentang nasib murid sentiasa diperkasakan.

Beliau juga menyatakan perasaan seronoknya melihat suasana persekitaran di kawasan yang beliau lawati.Sebanyak 6 buah keluarga yang sempat beliau ziarahi dalam Pelancaran Ziarah Cakna peringkat kebangsaan bagi negeri Pulau Pinang.Pelancaran Ziarah Cakna Peringkat Kebangsaan  ini melibatkan 2 buah sekolah iaitu SK Sg Bakap dan SK Sg Kechil bagi negeri Pulau Pinang

Beliau menekankan kerjasama komuniti dan sekolah yang menjadi punca utama kepada kejayaan sesebuah sekolah dalam konteks ziarah cakna ini.

Di penghujung ucapannya,beliau berpesan agar usaha membasmi masalah keciciran murid dijadikan agenda utama dan keprihatinan semua warga komuniti mampu memberi kecemerlangan dalam sektor pendidikan.



























No comments:

Post a Comment