Saturday, 21 March 2020

30,000 Peserta yang hadir Penang Masi Magam di minta hadir saringan COVID-19.

Kredit Foto : Sherwynd Rylan Kessler






Penganut agama hindu yang hadir di festival Masi Magam Theppa diminta menjalani saringan COVID-19

President Hindhu Sangam Malaysia, President RS Mohan Shan memohon agar mereka yang hadir ke festival Masi Magam Theppa menghadiri ujian saringan COVID-19 di pejabat kesihatan berdekatan. Ulasnya lagi, sekiranya mereka yang hadir mempunyai simptom seperti demam, batuk, dan selesema, tindakkan yang pantas harus diambil agar mereka tidak terkesan dengan jangkitan COVID-10.
Festival tersebut berlansung di Pantai Teluk Bahang, Pulau Pinang, dimana festival ini dihadiri oleh 15,000 ke 30,000 pengunjung. Pada hari ini jumlah pesakit COVID-19 mencecah ke angka 1000 bagi negara ini. Oleh itu, kerajaan tidak lagi membenarkan lagi sebarang himpunan buat masa ini. Malaysia merupakan negara tertinggi jangkitan COVID-19 di asia tenggara.
Sumber:  Astro Ulagam 16 Mac 2020 (Diterjemah ke Bahasa Melayu)

Artikel Awani pada 15 Mac juga dirujuk
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid-19-penganut-hindu-sertai-masi-magam-dinasihat-jalani-pemeriksaan-233753

3 comments: