Friday, 27 March 2020

#PulauTikus Bermain bola sepak dan berjoging ketika PKP, tujuh individu ditahan

Padah mengingkari arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tujuh individu di Pulau Tikus, Pulau Pinang, ditahan polis pada Khamis.

Kesemua individu terbabit ditahan ketika sedang bermain bola sepak dan berjoging di sebuah padang di Pulau Tikus kira-kira jam 6.30 petang.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Suffian Santong berkata, mereka yang berusia 23 hingga 56 tahun itu ditahan sepasukan polis yang ketika itu sedang menjalankan Ops COVID-19 di sekitar kawasan berkenaan.

Katanya, ketika anggota polis melalui kawasan berkenaan, enam individu didapati sedang bermain bola sepak manakala seorang lagi disyaki sedang berjoging.

Kesemua mereka ditahan dan dibawa ke Balai Polis Pulau Tikus untuk tindakan lanjut kerana melakukan pelanggaran PKP dan dipercayai melakukan perbuatan yang boleh merebakkan jangkitan penyakit berbahaya.

Kerajaan telah mengeluarkan amaran PKP yang bermula 18 Mac sehingga 31 Mac dan dilanjutkan sehingga 14 April.

Kesemua individu yang ditahan akan direman di Mahkamah pada Jumaat dan kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan.

No comments:

Post a Comment