Tuesday, 24 March 2020

COVID-19: Pulau Pinang had waktu operasi perniagaan mulai esok.

Oleh Audrey Dermawan
bhnews@bh.com.my

GEORGETOWN: Mulai esok, semua premis perniagaan di seluruh Pulau Pinang hanya dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 8 malam dalam usaha memastikan orang awam mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata keputusan itu dipersetujui semua pihak berkuasa berkaitan yang menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan negeri, di sini hari ini.

Jawatankuasa berkenaan dipertanggungjawab memantau pelaksanaan PKP di Pulau Pinang serta strategi bagi menjayakannya.


“Waktu operasi dari jam 6 pagi hingga 8 malam ini diputuskan berdasarkan kesesuaian waktu operasi yang biasa bagi perniagaan di negeri ini,” katanya,

Sementara itu, Kon Yeow berkata, perkhidmatan bas pecuma CAT yang disediakan oleh kerajaan negeri juga dihentikan sehingga berakhirnya PKP.

Semalam, kerajaan negeri mengumumkan perkhidmatan bas Rapid Penang akan dikurangkan kekerapannya sehingga 70 peratus.

Sementara itu, Kon Yeow berkata, kerajaan negeri sudah berbincang dengan pembekal dan menempah enam juta topeng muka dengan keutamaan akan diberikan kepada petugas barisan hadapan dan pihak yang memerlukan.

Katanya, kerajaan negeri juga akan mengumumkan perkembangan terkini proses mendapatkan barangan keselamatan kesihatan yang penting termasuk cecair pembasmi kuman tangan dan termometer dari semasa ke semasa.

“Hari ini, kita mengedarkan ribuan botol cecair pembasmi kuman tangan dan termometer kepada dua Majlis Bandaraya di negeri ini dan petugas keselamatan di barisan hadapan.

“Bagi golongan memerluikan dan warga emas yang tinggal berseorangan, kerajaan negeri juga memberi bekalan makanan yang diedarkan oleh sukarelawan kita,” katanya.

Sumber Berita Harian Online

No comments:

Post a comment