Monday, 23 March 2020

#covid19 Agong nasihat rakyat duduk di rumah

Dua hari selepas menasihati rakyat mematuhi perintah kawalan pergerakan menerusi televisyen dan radio, hari ini Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menggunakan media sosial untuk menyampaikan mesej serupa.

Menerusi catatan di laman Instagram rasmi Istana Negara (@istana_negara), Al-Sultan Abdullah memegang plakad kuning yang memaparkan tulisan #StayHome dan #DudukRumah bagi menyampaikan mesej berkenaan.

Kapsyen yang mengiringi gambar itu menyebut: “Kita akan melalui cabaran ini bersama sebagai rakyat Malaysia, sebagai satu negara. Marilah kita menjalankan tanggungjawab dengan mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan untuk memastikan kita semua selamat.


“Sila duduk di rumah dan mainkan peranan masing-masing bagi membendung jangkitan wabak ini. Inilah masanya bagi kita untuk kekal kukuh dan tabah.

“We will get through this together, as Malaysians, as one country. Please be responsible and follow the Movement Control Order and the instructions which help keep us safe. Stay home and let us all play our parts. This is the time for us to stay strong and persevere. We will prevail!”

Pada Isnin, Perdana Menteri Muhyiddn Yassin mengumumkan perintah kawalan pergerakan bermula 18 hingga 31 Mac di seluruh negara bagi membendung penularan wabak Covid-19.

No comments:

Post a Comment