Wednesday, 25 March 2020

Doktor Dari US Puji Usaha Malaysia Tangani #covid19

Wabak Covid-19 di Malaysia semakin meruncing. Hari demi hari, jumlah pesakit positif dan angka kematian bertambah tinggi. Ketika pihak Kementrian Kesihatan Malaysia (KKM) berhempas-pulas melawan wabak ini, masih ada netizen mempertikaikan usaha mereka.

Ada yang mengkritik usaha Malaysia dan membandingkan dengan negara barat lain dalam usaha mengawal Covid-19.


Ketika netizen kita mengkritik negara sendiri, seorang doktor pakar, Jason Hassenstab dari Amerika Syarikat beranggapan sebaliknya.

Dia memuji usaha negara kita dalam melawan wabak ini dan menulis panjang lebar di laman Twitternya tentang pengalaman bercuti di Malaysia, baru-baru ini.



Beliau sangat kagum kerana di merata-rata tempat di Malaysia, langkah membendung Covid-19 begitu giat dijalankan. Misalnya, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dapat dilihat pegawai keselamatan kita menekankan kepentingan jarak sosial (social distancing) dan melekatkan pita pelekat di selang setiap satu kerusi agar orang awam boleh menjaga jarak masing-masing ketika duduk. 

Jason Hassenstab mengatakan, semua pekerja lapangan terbang turut memakai topeng muka dan cecair pembasmi kuman sentiasa ada di setiap kaunter dan mesin tunai. 


Jason Hassenstab sempat membandingkan situasi berkenaan dengan sebuah pusat penerbangan paling sibuk di dunia di Atlanta. Berbeza dengan Lapangan Terbang di Malaysia, mereka tidak menekankan aspek penggunaan sanitiser tangan apalagi melaksanakan jarak sosial di antara satu sama lain. Cecair pembasmi kuman cuma boleh didapati di tandas. 

Malah, lebanyakan kedai masih lagi dibuka seperti biasa dan orang ramai berkelakuan seperti dunia tidak berdepan ancaman pandemik.

"Kami terbang dari Tokyo. Ada penumpang yang menunjukkan simptom demam dan muntah tapi dia cuma memakai topeng muka selepas meminta pertolongan daripada petugas kesihatan. Penumpang lain yang baru turun daripada penerbangan ini, 99 peratus diberi pelepasan tanpa sebarang pemeriksaan terperinci kecuali kami kerana baru pulang dari Malaysia," tulisnya.




No comments:

Post a comment