Monday, 30 March 2020

Doktor mengaku tidak bersalah Laggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)



Seorang pakar jantung mengaku tidak bersalah di atas tuduhan menghalang penjawat awam menjalankan tugas ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

Dr. Ong Hean Teik, 61, ditahan oleh penguatkuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang pada 19 Mac lalu kerana berjogging di sebuah taman dekat sini.

Beliau bagaimanapun enggan menurut perintah tersebut.


Hein Teik didakwa di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang jika didapati bersalah boleh dipenjarakan sehingga dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Beliau juga didakwa di bawah Peraturan 3(1) Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Langkah dalam Kawasan Setempat yang Terjejas) 2020.

Majistret Jamaliah Abdul Manap menetapkan ikat jamin sebanyak RM8,000 bagi kesalahan pertama dan mengarahkan Hein Teik menyerahkan pasport serta melaporkan diri di balai polis sekali setiap bulan.

Ikat jamin bagi kesalahan kedua ditetapkan sebanyak RM5,000.

Sebutan kes telah ditetapkan pada 9 Jun ini

Malaysia Gazette


 

No comments:

Post a comment