Thursday, 26 March 2020

Dukun dakwa temui penawar #covid19

Malaysia ada Raja Bomoh... Indonesia ada Ningsih Tinampi

Dukun dakwa temui penawar Covid-19 selepas masukkan virus dalam badan

Dukun kontroversi Indonesia, Ningsih Tinampi mendakwa memasukkan virus Covid-19 dalam tubuhnya untuk merasai sendiri penyakit itu dan mencari jalan untuk mengubatinya.

Ningsih pernah mencetuskan kontroversi selepas mendakwa boleh memanggil Nabi Muhammad SAW dan malaikat ketika upacara mengubati pesakitnya.

Ningsih kini menutup sementara pusat rawatannya susulan penyebaran wabak Covid-19 di Indonesia.


Dalam satu video itu laman YouTube wanita itu, Ningsih mendakwa memasukkan virus Covid-19 dalam tubuhnya dan berkongsi gejala yang dialaminya.

"Itu rasanya korona ya, saya berusaha untuk mencubanya dan ingin tahun rasa sakit penyakit itu," katanya.

Ningsih berkata, virus itu menyebabkan rasa tidak sedap badan, tekak kering yang menjalar ke paru-paru dan pening kepala.

"Tekak rasa kering dan lidah juga kering. Saya juga batuk dan rasa haus. Terus lama-lama nanti paru-paru rasa sakit dan sukar bernafas serta kepala pening," ujarnya.

Tambahnya, untuk mengubat penyakit itu dia menasihati untuk mengambil minuman panas seperti herba, ginseng, teh halia dan jus peria.

"Anda jangan meremeskan jus peria," tegasnya.

Dalam satu video terbarunya, Ningsih berkongsi teknik urutan yang didakwanya mampu merawat serta menyembuhkan pesakit yang dijangkiti Covid-19.

Ningsih berkata, pesakit perlu mengurut leher, dada, kepala hingga ke perut dan mengamalkan urutan itu setiap hari.

"Sekarang saya live dan membuat terapi urutan, yang penting adalah doa. Penyakit ini bersarang di perut dan kepala, urut di situ. Jangan lupa minum teh halia atau jus peria.

"Sering lakukan itu setiap hari. Nanti akan keluar peluh dan tiada lagi korona. Jangan lupa juga doa dan baca Al Fatihah 7 kali," jelasnya.

Kredit : Guli. Guli. Com

No comments:

Post a Comment