Tuesday, 31 March 2020

Gambar mirip bersama wanita tular, Syed Saddiq buat laporan polis

Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Abdul Rahman menyerahkan kepada pihak polis bagi menyiasat kononnya wujud kaitan kehilangan sejumlah wang dengan penyebaran beberapa foto miripnya bersama seorang wanita di media sosial.

Syed Saddiq berkata, pihaknya telah membuat laporan polis berhubung perkara itu dan tidak menolak ia bermotifkan politik.



View this post on Instagram

Saya dan keluarga tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan. Malahan kami sendiri yang membuat laporan polis berkenaan kehilangan wang. Sekiranya benar duit itu duit haram, why should we report it? Saya ambil maklum akan laporan SPRM yang dibuat dan faham akan tugas SPRM dalam menyiasat segala tuduhan dan laporan. Saya akan berikan kerjasama penuh dalam membantu siasatan SPRM. Wang tersebut merupakan wang peribadi milik saya serta ibu bapa. Mereka juga telah membuat laporan polis berkenaan kehilangan wang tersebut. ~RM90 ribu milik saya, ~RM50 ribu milik ibu saya dan ~RM70 ribu milik ayah saya. Majoriti wang itu dikeluarkan bagi tujuan renovasi rumah yang kami miliki bersama. Selainnya adalah untuk tujuan peribadi. Sampai sekarang saya tidak memiliki sebuah rumah. Dengan itu saya, Abuyah & mama mengambil ketetapan untuk membeli rumah bersama. Dan saya berhasrat ingin pindah ke rumah tersebut selepas siap renovasi. Rumah belum siap renovasi, peralatan elektronik & perabot semua belum dibeli lagi. Saya sudah mengarahkan pegawai saya untuk membuat laporan Polis dan mengambil tindakan kepada mereka yang memfitnah saya dan keluaga dengan cubaan untuk mengaitkan kes ini dengan Duit Haram atau wanita yang dikatakan bersama saya. Ini adalah fitnah untuk menjatuhkan reputasi saya dan keluarga. Saya juga tidak akan berkompromi bab integriti dan akan memastikan diri dan keluarga saya memberi kerjasama penuh dalam membantu pihak polis dan SPRM. Saya harap semua pihak berhenti berspekulasi dan memberi ruang kepada pihak berkuasa membuat siasatan.
A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq) on

“Saya sudah mengarahkan pegawai saya untuk membuat laporan polis dan mengambil tindakan kepada mereka yang memfitnah saya dan keluarga dengan cubaan untuk mengaitkan kes ini dengan duit haram atau wanita yang dikatakan bersama saya.

“Ini adalah fitnah untuk menjatuhkan reputasi saya dan keluarga,” katanya di Instagram.


Terdahulu, beberapa foto mirip Syed Saddiq sedang tidur di samping seorang wanita tular di laman sosial.

Susulan penularan foto terbabit, wujud khabar angin mengatakan kehilangan sejumlah wang milik Syed Saddiq ada kaitan dengan wanita berkenaan.


Semalam, Syed Saddiq turut membuat laporan polis selepas sejumlah wang dianggarkan lebih RM250,000 hilang di rumahnya sambil menafikan ia adalah milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

sumber

No comments:

Post a comment