Tuesday, 24 March 2020

#georgetown Ramai masih ingkar Perintah Kawalan Pergerakan


Ramai yang masih ingkar dan mereka bagi pelbagai alasan yang tidak kukuh antaranya membeli makanan dan berjumpa rakan.Orang ramai dilihat masih berdegil apabila keluar ke bandar pada waktu malam tanpa alasan kukuh walaupun Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan kerajaan masuk hari ketujuh hari ini.

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, sehingga jam 11 malam tadi, masih ramai yang berada di kawasan bandar dengan alasan membeli makanan dan mahu berjumpa rakan.

Menurutnya, orang ramai tidak sepatutnya terus ingkar dengan Perintah Kawalan Pergerakan kerana ia merupakan langkah untuk memutuskan penularan wabak koronavirus (Covid-19).


"Hari ini masuk hari keenam (malam tadi) Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan namun masih ada yang berdegil apabila keluar ke bandar tanpa alasan yang munasabah. Mereka bagi pelbagai alasan yang tidak kukuh antaranya membeli makanan dan berjumpa rakan.

"Saya mohon kepada orang ramai agar patuhi arahan ini. Beri kerjasama untuk kekal di rumah supaya penularan wabak Covid-19 ini dapat diputuskan," katanya ketika ditemui dalam Ops Sekatan Bergerak Covid-19 di Jalan Penang di sini malam tadi.

Soffian berkata, pihaknya dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan terus menjalankan sekatan jalan raya di seluruh daerah ini setiap masa.

Beliau berkata, ia bagi memastikan semua masyarakat tidak keluar rumah tanpa mempunyai tujuan mendesak.

Terdahulu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Sahabudin Abdul Manan mengesahkan sebanyak 24 sekatan jalan raya dijalankan dalam satu masa di seluruh negeri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 31 Mac ini.

SUMBER

8 comments:

  1. Tak payah lagi bagi nasihat. Tangkap. Gunakan peruntukan undang-undang yang ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Tangkap jer. Pelbagai alasan dibuat. Menyusahkan byk pihak.

      Delete
  2. Buat macam kat India.. polis dgn tentera pukui org dgn chotta kalau Masih degil X nak balik rumah.. depa harus diajar macam Tu sahaja..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Jgn berlembut, jgn ckp byk, jgn tunjuk muka baik.. saman juga tak memberi makna, WAJIB TINDAKAN KERAS selepas tempoh masa yang ditetapkan.. setiap report tidak diterima.

    ReplyDelete
  5. Katok saja dengan kayu... Bodoh buta perut tadak akai!

    ReplyDelete
  6. dasat selfish..x kesian ke org yg kje kaih pagi mkn ptg,kalau berlarutan mcm ni..nak mkn ape woi...kalau x menyusahkan orang xpa la,ni ko melibatkan semua..sialannnnnnnn ��

    ReplyDelete
  7. Org Penang memang ketegaq... tgk CM depa la sapa

    ReplyDelete