Monday, 23 March 2020

Hargai Petugas hospital, Altimet belanja Pizza

Altimet menerusi Instagram meluahkan penghargaannya terhadap petugas hospital yang bertungkus-lumus menangani pesakit Covid-19.Sebagai penghargaan, Altimet atau nama sebenarnya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad menyumbang beberapa kotak pizza kepada staf hospital.

"Kami buat pizza je, bukan baris depan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), bidang perubatan ni.

"Setiap kali dapat pesanan satu pizza, kami buat lebih satu.

"Mana yang mampu, kami tolong," tulisnya.

Menurut portal GEMPAK, sumbangan itu disalurkan kepada kakitangan di Hospital Selayang.


Difahamkan, Altimet sebelum ini pernah memaklumkan bahawa dia melabur di sebuah syarikat pizza yang mempunyai beberapa cawangan di Lembah Klang selepas bersara sebagai penyanyi.

Terima kasih tak terhingga diucapkan kepada semua baris depan yang berusaha memerangi Covid-19!

No comments:

Post a Comment