Thursday, 26 March 2020

Nekad urus jenazah #covid19 sendiri, satu kampung kena kuarantin


Perkongsian berita dari KompasTv mengenai keengganan keluarga mangsa covid-19 untuk mengikuti kaedah pengurusan jenazah pesakit Covid-19, akibat keengganan keluarga berkenaan seluruh penduduk kampung di Sulawesi Tenggara, Indonesia diarahkan kuarantin.

Kejadian itu mendapat liputan luas oleh media.Keluarga  berkenaan nekad membawa pulang jenazah yang masih terbungkus dengan plastik menggunakan kenderaan peribadi dan bukannya ambulan.Satu kampung kena kuarantin kerana jenazah pesakit yang telah disteril dibuka.

Dengan membawa pulang jenazah isteri berusia 34 tahun. Dibuka steril, dimandikan, dikafankan mengikut cara biasa. Ahli keluarga juga mencium jenazah buat kali terakhir

Sebelum meninggal, pesakit berkenaan  dirawat selama dua hari di Rumah Sakit Bahteramas Sulawesi Tenggara.







kisah berkenaan turut mendapat liputan media luar Indonesia berlaku disebabkan bilangan pesakit yang ramai.

Katanya, waris sudah diingatkan agar menjalankan pengebumian sebagaimana digariskan Pertubuhan Kesihatan Dunia.

No comments:

Post a Comment