Monday, 23 March 2020

PLUS Tutup Beberapa Jalan, Surau Dan Pusat Perkhidmatan Serta Lorong Topup


ProjekMM melaporkan bahawa PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menutup beberapa jalan secara berperingkat bermula semalam.Penutupan beberapa lebuh raya termasuk Jalan Duta, Sungai Besi, Skudai dan Kuala Kangsar dilakukan susulan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Manakala, hanya kenderaan terpilih dibenarkan melepasi lebuh raya Ayer Keroh, Pedas Linggi dan kilometer 327.2 arah utara hingga persimpangan bertingkat Tapah.

“Atas arahan polis, beberapa plaza tol telah ditutup (mandatory u-turn) dan beberapa plaza tol hanya dibuka untuk laluan masuk (multiclass).



“Hanya kenderaan yang terpilih dan mendapat kelulusan dari pihak berkuasa boleh melepasi sekatan jalan dan menggunakan lebuhraya,” kata PLUS dalam satu kenyataan seperti dipetik ProjekMM.

Selain itu, PLUS turut menutup semua pusat perkhidmatan pelanggan dan lorong tambah nilai serta semua surau di lebuhraya PLUS bagi membendung penularan Covid-19

No comments:

Post a Comment