Wednesday, 1 April 2020

Kerajaan benarkan muflis keluar wang KWSP harungi #covid19

Kerajaan hari ini membenarkan orang muflis mengeluarkan caruman KWSP untuk membantu mereka mengharungi kesan perintah kawalan pergerakan yang dilanjutkan sehingga 14 Apr, selari dengan inisiatif meringankan beban kewangan rakyat yang diumumkan perdana menteri pada 23 Mac.

Terhad kepada muflis bawah usia 55 tahun, Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) mengumumkan ia membenarkan golongan itu mengeluarkan wang simpanan daripada Akaun 2 masing-masing, tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan selama 12 bulan.

“Permohonan pengeluaran wang caruman tersebut hendaklah dibuat secara terus kepada KWSP,” katanya dalam kenyataan.

Di samping itu, MdI mengumumkan penangguhan bayaran ansuran bulanan bagi tempoh 6 bulan bermula 1 Apr sehingga 30 Sep, mengambil kira kesulitan yang dihadapi golongan muflis.




Orang muflis yang tidak berhasrat untuk mengambil inisiatif itu, diminta memohon meneruskan pembayaran di cawangannya yang mentadbir kes kemuflisan mereka.

MdI juga mengumumkan kemudahan bagi pihak yang telah menandatangani perjanjian jual beli dengan ketua pengarah insolvensi atau pegawai penerima dan penyelesai bagi pembelian aset individu muflis yang ditadbir pegawai berkenaan bagi pembelian aset syarikat yang digulungkan.

“Mereka bolehlah memohon untuk penangguhan sehingga 6 bulan untuk dipertimbangkan oleh ketua pengarah insolvensi atau pegawai penerima dan penyelesai,” katanya.

sumber

1 comment:

  1. Selamat datang ke Syarikat Pinjaman Rossa Stanley

    Berhubung dengan syarikat pinjaman dengan rekod pencapaian pinjaman dan senarai pemeriksa pinjaman di seluruh dunia, di syarikat pinjaman rossa stanley kestabilan kewangan anda adalah matlamat kami, kami memberikan pinjaman kepada

    1) Individu
    2) Badan bekerjasama
    3) Syarikat terhad.
    4) Pinjaman peribadi.
    5) Pinjaman pelaburan.
    6) Pinjaman Pembinaan.
    7) Pinjaman Gadai Janji.
    Hubungi kami sekarang melalui medium berikut,

    E-mel: rossastanleyloancompany@gmail.com
    Pengarah Tel: +1 (914) 529-5708
    Whats-app: +1(914)529-5708
    Pengurus Operasi Tel: (+1) 2133153118
    Rasmi Instagram: rossastanleyloan
    Twitter rasmi: Rossastanlyloan
    Rasmi Facebook: Rossa Stanley Favor
    Alamat pejabat ibu pejabat: 3911 Kenwood Place, Orlando Florida USA.
    Zip-code: 32801
    Berdaftar di bawah pengawasan undang-undang perindustrian Florida,
    ATAU
    Isi borang permohonan di bawah dan kami akan menjawab anda dengan serta-merta, Kami sedia 24 jam setiap hari.

    DATA PEMOHON
    1) Nama Penuh:
    2) Tarikh lahir:
    3) Alamat:
    4) Nombor keselamatan sosial:
    5) Nombor Whats-app:
    6) Pekerjaan:
    7) Nombor Telefon:
    8) Jawatan di tempat kerja:
    9) Pendapatan Bulanan:
    10) Jumlah Pinjaman Diperlukan:
    11) Tempoh Pinjaman:
    12) Nama Facebook:
    13) Status Perkahwinan:
    14) Agama:
    15) Negara:
    16) Jantina:
    17) Apa-apa Hilang Upaya
    18 Pernahkah anda memohon pinjaman sebelum?, Jika ya, sebutkan nama syarikat pinjaman

    TINDAKAN,
    Mrs.Rossa Stanley Favor
    Ketua Pegawai Eksekutif ROSSASTANLEYLOANCOMPANY
    E-mel rossastanleyloancompany@gmail.com

    ReplyDelete