Saturday, 23 May 2020

#covid19 Pegawai positif Covid-19, Muhyiddin jalani kuarantin 14 hari

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari selepas seorang pegawai yang hadir ke mesyuarat pasca-Kabinet pada Rabu lalu disahkan positif Covid-19.

Bagaimanapun, Muhyiddin disahkan negatif daripada pandemik pembunuh itu pagi tadi selepas menjalani pemeriksaan kesihatan.

Mengikut Perintah Pengawasan dan Pemerhatian bagi Kontak Covid-19 (Seksyen 15 (1) Akta 342), individu perlu menjalani kuarantin selama 14 hari selain menjalani ujian kesihatan jika mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19.

Semua ahli mesyuarat terbabit juga dikehendaki menjalani saringan dan kuarantin selama tempoh diwajibkan di kediaman masing-masing.



Pejabat Perdana Menteri melalui satu kenyataan turut memaklumkan agar setiap mesyuarat di bangunan itu mengamalkan penjarakan sosial dan penjagaan kesihatan ketat pada setiap masa.


No comments:

Post a comment