Saturday, 23 May 2020

“Jiran Habaq Anak Dia Nak Balik Raya, Macam Mana Nak Report”, DM Puan Ini Kepada Polis Cuit Hati Netizen

Sebelum ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Ismail Sabri Yaakob pernah berpesan kepada orang ramai membuat aduan terhadap sebarang pelanggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada pihak berkuasa.

Patuh dengan arahan, seorang wanita dipercayai tinggal di Kedah membuat aduan kepada pihak polis mengenai anak jirannya yang ingin merentas negeri, biarpun pergerakan merentas negeri adalah dilarang sama sekali.

Aduannya membuatkan hati orang ramai tercuit hati. Paparan skrin mesej dihantar individu itu dikongsikan Polis Kedah dengan mengaburi identiti pengadu.




“Salam admin, nak tanya sikit.. Nak buat aduan kat mana? Semalam jiran saya beritahu anak dia nak balik raya ni.. Anak dia duduk Perak dekat Ipoh.”







Polis Kedah juga turut berkongsi nombor telefon Hotline Bilik Gerakan COVID-19 Daerah Kontinjen Kedah yang boleh dihubungi warga Kedah sekiranya ingin membuat aduan mengenai kesalahan rentas negeri.

1. Kota Setar – 047326079
2. Kubang Pasu – 049172222
3. Kuala Muda – 04- 4299058
4. Padang Terap – 047865208
5. Yan – 044657489
6. Sik -045695222
7. Kulim – 044906222
8. Bandar Baharu -04-4076603
9. Pendang – 04-7596222
10. Langkawi – 04-9663999
11. Baling – 04-4708999

Kredit : Polis Kedah

No comments:

Post a comment