Friday, 22 May 2020

#Labuan Budak 4 Tahun Maut Tercekik Gula-gula Jeli

Budak lelaki berusia empat tahun maut dipercayai akibat tercekik gula-gula jeli.

Berita Harian melaporkan, kejadian berlaku di kediaman mangsa di Kampung Batu Manikar, Labuan,  jam 9 malam, kelmarin.

Mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Labuan sebelum kejadian dilaporkan kepada polis.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku selepas mangsa meminta gula-gula jeli pada ibunya.

Menurut ibunya, mangsa tercekik ketika makan gula-gula berkenaan sebelum wanita itu cuba mengeluarkannya daripada kerongkong kanak-kanak terbabit.


Wanita itu kemudian memutuskan untuk membawa mangsa ke hospital selepas usahanya mengeluarkan gula-gula berkenaan gagal.

"Setiba di Wad Kecemasan Hospital Labuan, pemeriksaan lanjut terhadap mangsa dijalankan dan didapati kanak-kanak terbabit meninggal dunia.

"Pihak hospital akan menjalankan bedah siasat selepas analis 'sample spacemant' mangsa diperoleh sama ada positif COVID-19 atau pun tidak," kata Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad.

Polis mengklasifikasikan kematian mangsa sebagai mati mengejut.

sumber

No comments:

Post a comment