Saturday, 23 May 2020

#LangkahRawang selepas Aidilfitri, Armand dakwa Anwar mahu jadi MB Selangor

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Armand Azha Abu Hanifah mendakwa wujud usaha untuk mengangkat Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai menteri besar Selangor bagi menggantikan Datuk Seri Amirudin Shari.

Armand yang memuat naik kenyataannya kepada sebuah media di Instagram mengakui menerima maklumat tersebut daripada sumber dalaman PKR.

Jelasnya, usaha yang dinamakan sebagai ‘Langkah Rawang’ itu berkemungkinan besar akan dilakukan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.


‘Langkah Rawang’ akan menyaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chua Wei Kiat terpaksa melepaskan kerusi kawasan itu kepada Anwar.





View this post on Instagram

KUALA LUMPUR, 22 Mei – Belum puas dengan apa yang dihajatinya masih belum terlaksana, kini Presiden PKR dikatakan akan membuat langkah seterusnya untuk kekal relevan di dalam persona politik Negara dengan misinya terbarunya untuk menjadi Menteri Besar Selangor selepas gagal menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-8. Pengarah ICT UMNO Selangor, Dato Armand Azha Abu Hanifah menjelaskan, niat Anwar ini diperolehi melalui maklumat dalaman PKR sendiri, yang mana hasrat Anwar yang tertangguh melalui Langkah Kajang untuk mengantikan Tan Sri Khalid Ibrahim pada tahun 2014, akan dibuat melalui Langkah Rawang selepas perayaan Aidil Fitri ini. “Persoalannya, apa pendirian MB Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berhubung #LangkahRawang ini dan bagaimana pula dengan kesediaan ADUN Rawang, Chua Wei Kiat untuk melepaskan jawatan yang baru disandangnya selama 24 bulan untuk memberi ruang kepada Anwar Ibrahim bertanding di sana. Berita Penuh Klik Link Dibawah : https://malaysianview.com/gagal-jadi-pm8-pkr-rangka-langkahrawang-beri-laluan-kepada-anwar-ibrahim-jadi-mb-selangor/ #PMTepi #GilaKuasa #TakAbis #PakatanHancing #HarapanPalsu #Malaysia #Selangor #Hancing
A post shared by Armand Azha (@armand_azha) on
“Persoalannya, apa pendirian Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berhubung ‘Langkah Rawang’ ini.


“Bagaimana pula dengan kesediaan Adun Rawang Chua Wei Kiat untuk melepaskan jawatan yang baru disandangnya selama 24 bulan untuk memberi ruang kepada Anwar bertanding di sana,” katanya.


Anwar sebelum ini gagal dilantik sebagai perdana menteri kelapan selepas Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan tanpa menamakan penggantinya.

Presiden PKR itu pernah berusaha menjadi menteri besar Selangor pada 2014 melalui ‘Langkah Kajang’ namun, tidak kesampaian.

Tempoh pembebasannya yang kurang dua tahun menjadi penghalang dan sebagai pengganti, Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang ditandingi isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Bagaimanapun, kemelut ‘Langkah Kajang’ berakhir dengan Adun Bukit Antarabangsa Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dipilih sebagai menteri besar Selangor.

PMMO

No comments:

Post a comment