Sunday, 17 May 2020

Pulau Pinang musim durian, Faezah Elai ulang mahu balik raya

Bagai berharap kerajaan berubah fikiran, pelakon Faezah Elai rindu untuk pulang ke kampung Aidilfitri ini.

Faezah, 37, berkata Aidilfitri kali ini lebih bermakna kerana Pulau Pinang berada dalam musim durian luruh.

“Hello abah PM. Boleh tak kami nak balik raya ke Pulau Pinang? Masa PKP kami semua tak keluar rumah, pagar rumah pun tak sampai lagi jadi Alhamdulillah kami semua bebas Covid-19.

“Bukan apa sekarang dekat Pulau Pinang musim durian. Jarang masa raya jatuh musim durian,” coretnya di Instagram.


Kerajaan sudah membuat keputusan untuk tidak membenarkan rentas negeri semasa musim perayaan ini.

Sambutan Aidilfitri hanya dibenarkan pada 1 Syawal dan dihadkan 20 orang berada di dalam rumah.

No comments:

Post a comment