Saturday, 2 May 2020

Ramai kurang setuju PKP dilonggarkan, sebenarnya ini sebab kenapa PKP di Malaysia diberi kelonggaran

PUTRAJAYA: Malaysia berjaya memenuhi enam kriteria yg ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam menangani penularan COVID-19.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata antaranya ialah memperketatkan kawalan sempadan negara untuk mengelakkan kes import positif COVID-19.
“Kedua, negara berjaya mengawal pergerakan untuk mengurangkan kadar jangkitan dalam kalangan rakyat tempatan dan meningkatkan keupayaan fasiliti kesihatan.
“Selain itu keupayaan menjaga golongan berisiko seperti warga emas, pesakit yang dirawat serta orang kurang upaya turut dipertingkatkan, selain melaksanakan amalan normal baharu dalam kehidupan seperti tidak berkumpul, tidak bersalam, penjarakan sosial dan memakai penutup muka,” katanya.
Tambah Muhyiddin, kriteria keenam yang berjaya dipenuhi negara adalah pemerkasaan komuniti untuk menjaga kawasan yang tidak dijangkiti seperti zon hijau serta mengamalkan aktiviti normal baharu.

“BEBERAPA minggu lalu, kita bimbang jangkitan ini (Covid-19) berlaku kenaikan tinggi.
“Disebabkan itu kita meminta penangguhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk beberapa minggu,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Bagaimanapun, beliau berkata, negara kini berada dalam fasa pemulihan berbanding ketika tempoh pelaksanaan PKP di peringkat awal dan berharap ia semakin baik.
“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberikan nasihat (kepada kerajaan) sebelum tindakan seterusnya.
“Tujuan utama kita untuk melandaikan lekuk jangkitan dan kita berjaya melakukannya serta membuat langkah mengekang sejak awal lagi,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.
Beliau berkata, keputusan kerajaan melonggarkan PKP fasa empat seperti diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin disebabkan kejayaan semua pihak melandaikan jangkitan Covid-19.
Katanya, pada awal pelaksanaan tiada impak ekonomi berlaku dan keputusan terbaharu dibincangkan secara kolektif oleh semua pihak terbabit.

No comments:

Post a comment